Wednesday, December 7, 2011

ayat kursi sebelum turu..

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.
Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah r.a,
hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." 


Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W.
Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak & sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya. 


"Bohong dia," kata Nabi S.A.W: "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat & kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin.
Dan kali ini ia pun tertangkap.


"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah r.a, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." 


Kasihan juga rupanya Abu Hurairah r.a mendengar keluhan orang itu & kali ini pun ia kembali dilepaskan.
Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W & beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama,
sekali lagi Rasulullah S.A.W menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."


Malam itu Abu Hurairah r.a berjaga-jaga dengan kewaspadaan & kepintaran penuh. Mata, telinga & perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W & ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.


Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun." 


Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. 


Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah S.A.W. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah r.a yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.
Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata :
"Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna." 


"Kalimat-kalimat apakah itu?"
Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi :
Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuum..
Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah & tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."


Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah r.a. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. 


"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?"
tanya Rasulullah S.A.W sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna,
lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah r.a.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi S.A.W.


Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumm..
Dan seterusnya sampai akhir ayat.
Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah & tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari." 


Menanggapi cerita Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W berkata,
"Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta."
Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :
"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah r.a.
"Itulah syaitan laknatullah."

wallahua3lam..
=) selamat beramal..

Thursday, December 1, 2011

aku kasih...aku rindu..

bismillahi allahuakbar..

assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...

alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi...kerana diri ini, masih dapat menghirup nikmat islam dan iman.... =) bukan tiap-tiap hari ken, kita teringat, bahawa kita ni, masih dikurniakan 2 iman besar ni..semalam, saya ke sebuah liqa...dan pentazkiran meningatkan untuk kami bersyukur atas 2 nikmat yg termahal antara yg mahal-mahal niii ..tersentap seketika...dah berapa hari tak teringat pun, aku masih islam.. dan masih punya iman....alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...berazam untuk lebih mensyukuri nikmat Allah!!


saya harap sangat, dan sanat-sangat-sangat berharap agar kalian klik di sini.. =) 


akhir kata, saya mengharapkan doa kalian, agar saya lebih thabat dalam menyambung perjuangan kekasih Allah ini....alhamdulillah, study makin stabil, walau BANYAK gila benda nak kene cover..tapi, hati kerap memujuk dengan kata-kata ummi, "never too late...!"


saya harap, kalian juga gigih menuntut ilmu..menuntut ilmu,,, permulaan dakwah...tak tuntut ilmu, cemane nak jadi dai'e ken..otak tak cerdik, cemane nak jadi khalifah ken....!!


demi islam...demi ummat....demi rasulullah...& demi rahmat Allah..berkorbanlah wahai diri...berkorbanlah wahai diri, kerana, aku akan mati....


suci tanpa dosa...subhanallah..



wallhu3alam..

Friday, November 4, 2011

kesibukan yg membawa ke migrain

bismillah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

tujuan kata2 ini dicatat di alam maya ini, pertamatamanya, semestinya, kerana Allah..moga, kata2 yg sedikit ini, dapat memberi manfaat pd diri kalian....
tujuan kedua..hehe, cik hanis sy rindu nak bace kate2 sy rupanya...

jd, sy nak cerita sikit tentang hari2 sy kebelakangan ni..
alhamdulillah, 3 minggu yg lepas, sy ditaklifkan sbg unit hidangan HARMONI..utk eiduadha esok....

Allah.....letih yg teramat letih.....penat yg teramat penat...sungguh! malu bercakap dgn lelaki ditolak jauh2...otak diperah2, menggali2 cerebral cortex mencari ilham...
pening kepale, berlarutan hampir 2 minggu...
study , semestinya, agak tertinggal....

perkara ini, membuatkan sy terfikir....ni, baru jd unit hidangan...unit terbawah & terendah & termudah & tersenang.......!!!!

mcm mane pulak dgn pengarah???!setiausaha program...???!!tak terjangkau neuron2 sy nk terime stimulus tuh!!
mcm mane pulak dgn exco2 PCT & bp2 DPMT yg SEPANJANG TAHUN bekerja tanpa gaji!!!


jd, hari ni, sy cakap pd diri sy....sy nak benamkan dalam2 benih 'lebih menghargai orang lain'...!

1)kpd kekasih Allah, nabi muhammad sollollohualaihiwasallam....
yg -tak terkate peritnya- semata2 utk menjadi utusan Allah kpd sy...!

2) ummi & ayah...
yg juge -tak terkata payahnya- mendidik diri nakal ini..

3) atok timah & tok che 'ah..
yg pernah basuh berak sy dulu2...

4) mu'az, akak, ikah..
yg selalu buli kami...

5) cikgu2...
yg ak ternilai ilmu yg dicurahkan..

6)jiran2..
yg selalu tolong2 sy jage rumah tinggalan kami..

7) saudara mara..
yang, semestinya, bnyk membuatkan sy tersenyum...

8) dan semestinya sahabat2...
yang tak terkata kasih syg yg kalian berikan pd sy...

alhamdulillah...ya Allah, masukkan aku dalam golongan yg sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu ya Rahman.......






Monday, September 26, 2011

kembali ke tanta

Bismillah...

Alhamdulillah, diri ini, telah kembali berjalan di bumi tanta..lagi..bumi di mana aku belajar matang itu apa...bumi di mana aku belajar perjuangan itu apa...bumi di mana aku belajar bagaimana untuk bertolak-ansur dan berlapang dada....Allah..aku bersyukur aku dicampakkan di bumi ini....tidak pernah terlintas di fikiran ini, aku akan menuntut khazanah Allah di bumi mesir ini...=)

Kini, aku adalah pelajar tahun 1 di fakulti pergigian, University Tanta. Alhamdulllah, keputusan peperiksaan yang lalu, cemerlang...alhamdulillah......syukur tak terhingga....terasa diri ini tidak layak untuk mendapat hadiah itu dari Allah...aku anggap, ini sebagai ujian & motivasi dari Allah untuk tahun-tahun seterusnya, supaya aku lebih gigih !

Insan-insan yang tersayang sentiasa bermain di kotak fikiran..ummi, ayah, tok timah, tok che’ ah, muaz, akak, ikah.....kalau ikutkan hati, ingin saja aku tinggalkan semua ini, asalkan, aku  boleh tidur di riba mereka...asalkan, aku boleh minta agar mereka sikatkan rambutku..asalkan aku dapat makan & minum hasil air tangan mereka....namun, aku, Allah pilih...untuk membela agama sebagai doktor gigi kelak...semestinya, pengorbanan yang ikhlas, sangat diperlukan..

Dulu, ayah pernah bilang, “ nanti, pa nak ganti dr. Mahathir jadi perdana menteri!!!!”  hmm..ayah, ketahuilah, anakmu ini, akan mengikut jejak langkahmu...mungkin aku tak akan dapat jadi perdana menteri...semestinya! aku perempuan... namun, aku akan jadi insan hebat seperti dr. Mahathir...malah lebih hebat lagi!! insyaAllah..

Dulu juga, ayah pernah bilang, “pa nak tengok siapa yang boleh jaga mak!” dan mungkin benar, ayah sedang lihat, siapa yang dapat jaga tok che’ah....mungkin aku tak berkesempatan untuk jaga tok che ‘Ah, kerna sibuk dengan urusan pelajaran..namun, aku ambil kata-kata ayah itu, sebagai cabaran untuk aku, agar kelak, aku dapat jaga ummi!!insyaAllah..

Akhir kata, setinggi mana pun impian aku, kekuatanku untuk aku memenuhi impian setinggi langit ini, masih di tangan Allah....Ya Rabbi, kau kurniakan aku kekuatan untuk aku terus berjuang, tanpa mngenal erti letih........amiiin...

aku harus lebih gagah!!